12/20/2011

Proses Penghasilan Karya

Dalam proses menghasilkan sesebuah karya, ia memerlukan peralatan seni serta media-media tertentu. Contoh media seni adalah terbahagi kepada dua jenis, iaitu media kering dan media basah. Media kering seperti pensel, arang, pen dakwat, pensel warna, oil paster dan soft pastel. Manakala media basah adalah cat air, cat minyak. akrilik.

Elemen-eleman dan prinsip-prinsip rekaan telah digunakan dalam penghasilan karya. Elemen seperti garisan, warna, rupa, bentuk dan jalinan. Manakala prinsip rekaan adalah harmani, kesatuan, kontra, dominan, penegasan, keseimbangan, kadar banding dan pergerakan.

Elemen yang utama adalah ruang supaya dapat menghasilkan sesuatu ruang yang selesa.

Dengan penggunaan elemen dan prinsip rekaan yang tertentu, kesatuan akan terhasil pada karya tersebut.  

No comments:

Post a Comment